Filem Gila-Gila Pengantin Remaja mengisahkan Amir (Beego) dan Mastura (Zahnita Hussein) yang bakal menduduki peperiksaan SPM berjanji akan melangsungkan perkahwinan selepas tamat pengajian di menara gading. Fandi (Zed Zaidi) menaruh perasaan cemburu terhadap percintaan mereka. Bapa saudara Amir, Bakar (Afdlin Shauki) memberi galakan kepada Amir untuk terus belajar hingga ke menara gading.

Kakak Mastura, Anita (Juliana Banos) percaya masa depan yang cerah tidak sepenuhnya bergantung kepada kelulusan akademik semata-mata. Semasa Peperiksaan SPM, Mastura terlewat menghadiri kertas Matematik dan merasa kecewa kerana baginya dia sudah gagal dalam peperiksaannya. Disebabkan itu, Anita menyuruh Mastura mencari calon suami kaya.

Amir yang mengetahui Mastura akan ditunangkan dengan Fandi merasa sungguh kecewa. Namun, dia terperanjat apabila mendapat tahu Mastura diminta kahwin secara tergesa-gesa bagi menutup malu apabila Fandi telah ditangkap kerana berkhalwat dengan gadis lain.

Apabila perkahwinan Mastura dan Fandi bakal berlangsung, Amir melarikan Mastura ke selatan Thailand untuk bernikah di sana. Dari sinilah bermulanya keriuhan dan kekecohan… Filem Gila-Gila Pengantin Remaja diarahkan oleh Aziz M. Osman.

Pelakon: Afdlin Shauki, Juliana Banos, Zahnita Hussein, Beego, Zad Zaidi, Saiful Apek, A.R Badul.

IMDB: Gila-Gila pengantin remaja (2004) – IMDb

Trailer

Re-Uploaded by abgencem at JIWANG Torrent : Truly Asia BitTorrent Tracker

FileSonic Download

UploadStation Download
Wupload Download
Fileserve Download